Jumat, 31 Januari 2014

Kisah Budak Pantai Batu Ferringhi Bawa 3 Wanita Sekeluarga Ke Ranjang!

Kasanova

Georgetown – Kejinya seorang kasanova budak pantai apabila tergamak menggunakan kepetahan berbicara untuk mencairkan hati tiga generasi sekeluarga (nenek, anak dan cucu) yang berkunjung ke pantai Batu Ferringhi, di sini, sebelum diperangkap hingga ke ranjang.
Bekas budak pantai itu yang dikenali sebagai Mat, 30-an, pada mulanya berjaya memikat seorang pelancong wanita dari Australia berusia 50-an sehingga menjadi teman tidurnya sebelum meniduri anak perempuan wanita itu berusia 30-an.
Tidak cukup itu, Mat juga meniduri cucu wanita berkenaan berusia 17 tahun yang juga anak kepada anak perempuannya.
Bangga dengan dosa hitam meniduri tiga generasi pelancong wanita daripada satu keluarga itu, Mat menceritakan pengalamannya kepada beberapa rakan rapatnya yang juga budak pantai.
Menceritakan perkara itu, rakan Mat yang hanya mahu dikenali sebagai Azis berkata, kepandaian berkata-kata menyebabkan ramai pelanggan mudah mesra dengan lelaki itu, terutama pelancong wanita. – myMetro Online
ReadMore..

Kamis, 30 Januari 2014

Takut Tonton ‘Bencinta’ Pernah Dikasari


Ada sesuatu yang cukup menarik untuk kami kongsikan hari ini mengenai penyanyi, Shila Amzah.

Pada 29 September lalu, beliau telah mengemaskini status Twitternya yang berbunyi:

“Takut nak tengok Bencinta. Tapi teringin nak tengok Kak Nora berlakon macam tu. Takut terbayang-bayang. Been there. Esoklah gagahkan diri.”


Untuk pengetahuan anda yang belum menonton filem lakonan Nora Danish dan Farid Kamil itu, jalan ceritanya mengisahkan bagaimana seorang wanita bangkit untuk membalas dendam atas kekejaman suami yang pernah mengasari dan memukulnya.

Agaknya apa yang cuba disampaikan oleh Shila ya? Adakah beliau pernah berhadapan dengan situasi sebegitu?

Melalui laporan GUA, beliau berkata:

“Saya kemaskini status demikian kerana saya pernah mengalami situasi tersebut. Saya masih trauma dengan keadaan itu. Walaupun begitu, saya tetap akan teruskan rancangan saya untuk menonton filem ‘Bencinta’ bersama-sama dengan peminat saya di GSC Mid Valley pada Rabu, jam 9.45 malam,” jelas Shila.

Ditanya pula mengenai maksud ‘been there’, beliau enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Saya enggan mengulas lanjut. Orang boleh faham sendiri. Apa yang penting sekarang, saya mahukan wanita-wanita di luar sana tampil lebih kuat dan tidak menjadi lemah,” tutur Shila lagi.

Sebelum ini, beliau pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad, namun berakhir ekoran pelbagai konflik yang melanda termasuk kemelut dengan ayah Shila, ND Lala.

Baru-baru ini pula, Shila dikaitkan pula dengan pelakon Johan As’ari, namun kedua-duanya menafikan mempunyai ikatan istimewa dan hanya berkawan.

Bagaimanapun, kami tidak mahu meletakkan sebarang spekulasi. Tapi anda mungkin boleh memikirkan sendiri maksud status Twitter penyanyi ini.

Agak-agak wajah siapa yang anda boleh kaitkan dengan kenyataan itu?

Oleh: ELZA
ReadMore..

Rabu, 29 Januari 2014

10 Ribu Warga Simeulue Sudah Kembali ke Rumah


KHAMIS, 12 APRIL 2012



JAKARTA - Ribuan warga Kabupaten Simeulue, Aceh, yang sempat mengungsi ke pegunungan sudah seluruhnya kembali ke rumah, Kamis (12/4/2012). Diperkirakan ada 10 ribu warga yang sempat lari ke pegunungan akibat gempa itu.

Pj. Bupati Simeulue, Nurman Daud Shamad, menyatakan pihaknya terus mengimbau warga untuk kembali ke rumah masing-masing. Imbauan itu dilakukan para petugas di wilayah masing-masing.

"Dari delapan kecamatan di sini, ada sekitar 10 ribu yang sempat mengungsi ke perbukitan. Tetapi sekarang sudah kembali semua, dan besok aktivitas warga sudah normal," tukas Nurman kepada wartawan di Sinabang, Ibukota Simeulue.

Disebutkan Nurman, upaya penormalan kondisi di Simeulue terus dilakukan. Masyarakat tetap diimbau untuk waspada sekiranya gempa kembali terjadi.

Masyarakat Simeulue umumnya langsung berlarian ke arah perbukitan begitu gempa kuat mengguncang. Mereka khawatir tsunami akan menerjang. Pemahaman tentang penyelamatan diri ke perbukitan itu merupakan tuntunan kebudayaan masyarakat lokal sejak zaman silam.
ReadMore..